Tuesday, 17 September 2019

Laporan Refleksi Ujian Segak Dan Bleep



LAPORAN REFLEKSI UJIAN SEGAK DAN BLEEP

PENGENALAN

Menurut Clarke (1976), kecergasan didefinisikan sebagai kemampuan seseorang untuk melakukan aktiviti harian dengan cekap dan sempurna tanpa berasa letih serta mampu lagi untuk melakukan aktiviti yang lebih mencabar. Kesimpulannya, seseorang perlu menjadi aktif dalam kehidupan hariannya supaya sentiasa cergas. SEGAK ialah satu ujian standard kecergasan fizikal bagi mengukur tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan. Matlamat SEGAK ialah untuk melahirkan murid yang sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan yang optimum.

DATA UJIAN

Berikut menunjukkan data ujian pra yang dijalankan pada 4 Julai 2019 dan ujian post pada 12 September 2019.

PERKARA
UJIAN PRA
UJIAN POST
Berat (kg)
55.1
54.9
Tinggi (cm)
143
144.2
Body Mass Index (BMI)
26.9
26.4


SEGAK
Ujian Naik Turun Bangku
139
148
Ujian Tekan Tubi
25
30
Ujian Ringkuk Tubi Separa
20
17
Ujian Jangkauan Melunjur
25
31
Ujian Bleep
2.3
3.6

REFLEKSI

Berdasarkan ujian SEGAK dan ujian bleep diatas, terdapat beberapa peningkatan dan juga beberapa penurunan. Hal ini dipengaruhi oleh gaya hidup yang saya amalkan setiap hari.

Seperti yang kita tahu,bmi normal terhasil daripada ketinggian dan berat badan yang selaras. Data yang tercatat diatas menunjukkan berat saya turun daripada 55.1 kg pada ujian pra kepada 54.9 kg pada ujian post. Penurunan sebanyak 0.2 peratus ini disebabkan kerana saya melakukan aktiviti senaman pada sebelah petang. Namun, aktiviti senaman ini hanya dilakukan jarang-jarang akibat kekangan masa disebabkan kerja yang banyak. Kesannya, penurunan berat ini tidak terlalu ketara.

Ketinggian saya pula meningkat sebanyak 1.2 cm iaitu daripada 143 pada ujian pra kepada 144.2 pada ujian post. Peningkatan ini berlaku disebabkan saya mengambil penting kualiti pemakanan seperti minum susu pada setiap pagi dan menambah pengambilan sayur-sayuran setiap hari.

 Bmi pula merujuk kepada kadar berat berbanding ketinggian. Terdapat perbezaan diantara hasil bmi pada ujian pra dan ujian post. Ketika ujian pra, bmi saya 26.9 dan pada ujian post, ia berubah kepada 26.4. Walaupun bmi saya belum mencapai tahap normal, tetapi penurunan ini cukup membanggakan saya. Saya akan berusaha lebih untuk mendapatkan bmi yang normal seperti melakukan aktiviti senaman selama setengah jam sebanyak tiga kali seminggu.

          Ujian naik turun bangku selama 3 minit bertujuan untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular. Data diatas menunjukkan kadar denyutan nadi semakin meningkat iaitu daripada 139 kepada 148. Peningkatan ini jelaslah menunjukkan impak yang negatif. Oleh itu, saya akan mengambil inisiatif untuk bermain lompat tali setiap hari pagi peningkatan daya tahan kardiovaskular.

            Ujian tekan tubi pula bertujuan mengukur daya tahan otot tangan dan bahu. Peningkatan telah berlaku ketika ujian ini dilaksanakan. Hal ini kerana saya suka bergayut pada palang besi untuk meningkatkan daya tahan tersebut. Daya tahan ini penting supaya kita dapat melakukan aktiviti berkaitan tangan dalam masa yang lama tanpa mudah berasa letih.

            Ujian ringkuk tubi separa pula bertujun untuk mengukur daya tahan dan kekuatan otot abdomen. Berlaku penurunan pada ujian ini iaitu ujian pra sebanyak 20 kali manakala pada ujian post sebanyak 17 kali. Untuk menyelesaikan masalah ini, saya akan berbasikal pada setiap hari untuk meningkatkan kekuatan otot abdomen.

            Ujian jangkauan melunjur pula bertujuan mengukur fleksibiliti bahagian bawah belakang badan dan otot harmstring. Data menunjukkan berlaku peningkatan pada ujian pra kepada ujian post iaitu sebanyak 25 kepada 31. Hal ini menunjukkan kelenturan badan saya bertambah baik kerana senaman yoga yang saya gemar lakukan. Kelenturan badan penting untuk mengelakkan risiko berlaku kecederaan pada abdomen.

            Ujian bleep pula menunjukkan satu peningkatan yang ketara iaitu daripada tahap 2.3 kepada 3.6. Hal ini kerana saya melakukan jogging disekitar IPG pada hari minggu. Saya juga suka mendaki bukit dan menjadikan ia aktiviti rutin iaitu sebanyak dua kali sebulan. Ujian bleep ini bertujuan menguatkan otot kaki supaya tubuh kita seimbang. Otot kaki yang tidak kuat tidak akan mampu menampung badan dengan baik.

RUMUSAN

Amalan gaya hidup sihat perlu diamalkan dalam kehidupan kerana memberi banyak impak positif kepada diri kita. Penyakit-penyakit yang berbahaya juga dapat dihindari. Harapan saya adalah untuk mengubah diri supaya lebih rajin melakukan aktiviti-aktiviti sihat supaya tahap kecergasan yang optimum dapat dicapai.

RUJUKAN