LAPORAN
REFLEKSI UJIAN SEGAK DAN BLEEP
PENGENALAN
Menurut
Clarke (1976), kecergasan didefinisikan sebagai kemampuan seseorang untuk
melakukan aktiviti harian dengan cekap dan sempurna tanpa berasa letih serta
mampu lagi untuk melakukan aktiviti yang lebih mencabar. Kesimpulannya,
seseorang perlu menjadi aktif dalam kehidupan hariannya supaya sentiasa cergas.
SEGAK ialah satu ujian standard kecergasan fizikal bagi mengukur tahap
kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan. Matlamat SEGAK ialah untuk melahirkan
murid yang sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan
untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan yang optimum.
DATA
UJIAN
Berikut
menunjukkan data ujian pra yang dijalankan pada 4 Julai 2019 dan ujian post
pada 12 September 2019.
|
PERKARA
|
UJIAN PRA
|
UJIAN POST
|
|
|
Berat
(kg)
|
55.1
|
54.9
|
|
|
Tinggi
(cm)
|
143
|
144.2
|
|
|
Body
Mass Index (BMI)
|
26.9
|
26.4
|
|
|
SEGAK
|
Ujian
Naik Turun Bangku
|
139
|
148
|
|
Ujian
Tekan Tubi
|
25
|
30
|
|
|
Ujian
Ringkuk Tubi Separa
|
20
|
17
|
|
|
Ujian
Jangkauan Melunjur
|
25
|
31
|
|
|
Ujian
Bleep
|
2.3
|
3.6
|
|
REFLEKSI
Berdasarkan
ujian SEGAK dan ujian bleep diatas, terdapat beberapa peningkatan dan juga
beberapa penurunan. Hal ini dipengaruhi oleh gaya hidup yang saya amalkan
setiap hari.
Seperti
yang kita tahu,bmi normal terhasil daripada ketinggian dan berat badan yang
selaras. Data yang tercatat diatas menunjukkan berat saya turun daripada 55.1
kg pada ujian pra kepada 54.9 kg pada ujian post. Penurunan sebanyak 0.2
peratus ini disebabkan kerana saya melakukan aktiviti senaman pada sebelah
petang. Namun, aktiviti senaman ini hanya dilakukan jarang-jarang akibat
kekangan masa disebabkan kerja yang banyak. Kesannya, penurunan berat ini tidak
terlalu ketara.
Ketinggian
saya pula meningkat sebanyak 1.2 cm iaitu daripada 143 pada ujian pra kepada
144.2 pada ujian post. Peningkatan ini berlaku disebabkan saya mengambil
penting kualiti pemakanan seperti minum susu pada setiap pagi dan menambah
pengambilan sayur-sayuran setiap hari.
Bmi
pula merujuk kepada kadar berat berbanding ketinggian. Terdapat perbezaan
diantara hasil bmi pada ujian pra dan ujian post. Ketika ujian pra, bmi saya
26.9 dan pada ujian post, ia berubah kepada 26.4. Walaupun bmi saya belum
mencapai tahap normal, tetapi penurunan ini cukup membanggakan saya. Saya akan
berusaha lebih untuk mendapatkan bmi yang normal seperti melakukan aktiviti
senaman selama setengah jam sebanyak tiga kali seminggu.
Ujian naik turun bangku selama 3 minit
bertujuan untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular. Data diatas menunjukkan
kadar denyutan nadi semakin meningkat iaitu daripada 139 kepada 148.
Peningkatan ini jelaslah menunjukkan impak yang negatif. Oleh itu, saya akan
mengambil inisiatif untuk bermain lompat tali setiap hari pagi peningkatan daya
tahan kardiovaskular.
Ujian
tekan tubi pula bertujuan mengukur daya tahan otot tangan dan bahu. Peningkatan
telah berlaku ketika ujian ini dilaksanakan. Hal ini kerana saya suka bergayut
pada palang besi untuk meningkatkan daya tahan tersebut. Daya tahan ini penting
supaya kita dapat melakukan aktiviti berkaitan tangan dalam masa yang lama
tanpa mudah berasa letih.
Ujian
ringkuk tubi separa pula bertujun untuk mengukur daya tahan dan kekuatan otot
abdomen. Berlaku penurunan pada ujian ini iaitu ujian pra sebanyak 20 kali
manakala pada ujian post sebanyak 17 kali. Untuk menyelesaikan masalah ini,
saya akan berbasikal pada setiap hari untuk meningkatkan kekuatan otot abdomen.
Ujian
jangkauan melunjur pula bertujuan mengukur fleksibiliti bahagian bawah belakang
badan dan otot harmstring. Data menunjukkan berlaku peningkatan pada ujian pra
kepada ujian post iaitu sebanyak 25 kepada 31. Hal ini menunjukkan kelenturan
badan saya bertambah baik kerana senaman yoga yang saya gemar lakukan.
Kelenturan badan penting untuk mengelakkan risiko berlaku kecederaan pada
abdomen.
Ujian
bleep pula menunjukkan satu peningkatan yang ketara iaitu daripada tahap 2.3
kepada 3.6. Hal ini kerana saya melakukan jogging disekitar IPG pada hari
minggu. Saya juga suka mendaki bukit dan menjadikan ia aktiviti rutin iaitu
sebanyak dua kali sebulan. Ujian bleep ini bertujuan menguatkan otot kaki
supaya tubuh kita seimbang. Otot kaki yang tidak kuat tidak akan mampu
menampung badan dengan baik.
RUMUSAN
Amalan
gaya hidup sihat perlu diamalkan dalam kehidupan kerana memberi banyak impak
positif kepada diri kita. Penyakit-penyakit yang berbahaya juga dapat
dihindari. Harapan saya adalah untuk mengubah diri supaya lebih rajin melakukan
aktiviti-aktiviti sihat supaya tahap kecergasan yang optimum dapat dicapai.
RUJUKAN
No comments:
Post a Comment